nuffnang ads

Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN

Hai semua❤️

Jadi ni video terakhir untuk multimedia sebelum habis semester 7. Kali ini kami buat vlog makanan dimana kami akan kongsikan makanan apa yang kami makan🎉 Tekan link dekat bawah ni tau 😘
https://youtu.be/gpRu814MDKo


Saturday, December 14, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Hari berganti hari masa berganti masa. Penantian selama tiga tahun setengah di bumi UPM semakin singkat. Tinggal lagi seminggu ada dengan kawan-kawan. Mungkin perasaan gembira itu ada tetapi rasa sedih terpaksa berpisah yang selama ini sama-sama harung suka duka sepanjang berada di bumi UPM 💚Suka duka sepanjang semester 7 bersama kawan kawan penuh dengan kenangan.


Paling seronok bila jumpa dengan Prof Normaliza dalam kelas Multimedia. Dalam kursus banyak benda yang aku belajar terutamanya dapat belajar benda baru dalam multimedia, persahabatan, tolak ansur dan masa. Walaupun tugasan banyak untuk disiapkan dalam waktu yang singkat tapi semua chill redha bila buat. Kelas jadi makin seronok bila kena buat satu kumpulan seramai 11 orang ahli.


Macam macam ragam bila bersama. Curah idea sama sama, burnkan muka sama sama susah senang sama. Dari tak rapat menjadi rapat. Banyak sangat kenangan dan ilmu dalam kelas multimedia ni. Terima kasih buat Cik Akmal yang ajar kami waktu amali & selalu layan kerenah kami🙈

Kami enjoy dengan setiap tugasan yang diberi menyanyi, menari, berlakon shooting dan segala ilmu fotografi yang akan diaplikasi dalam dunia sekarang. Terima kasih kepada Prof Normaliza dan Cik Akmal memberi tunjuk ajar sepanjang semester 7 ini. Semoga berjumpa pada masa akan datang. Terima Kasih untuk segalanya💛 :heart:






BBM3420Satu2019 - KALENDAR ADOBE PHOTOSHOP





Okay guys benda paling seronok sangat bila belajar multimedia ni kita dapat belajar guna Adobe Photoshop. Sangat Sangat enjoy. Banyak benda belajar paling best bila Cik Akmal dah ajar buat kalendar guna Adobe ni. Mula mula memang macam susah, tapi dah lama lama serius semua mudah je, Cuma kalau salah step tu yang payah sikit nak kena ubah balik semua. Tapi semua nya jadi senang bila kau faham nak buat. Kami diminta untuk membuat kalendar daripada bulan Januari sehingga Disember,.

Jadi dalam kalendar tu kena ada gambar kita, background belakang, kalendar 2020 dengan kata-kata hikmah. Benda yang tak best bila download adobe photoshop ni, memang automatik la dia jadi berat sikit laptop. nak bukak pun lambat. Tapi semua demi Prof kan kita kena redha💓

































BBM3410Satu2019: VIDEO 15 (ONE SHOOT 3 LAYER - SAYA TAHU)


Kali ini kami diber tugasan untuk membuat one shoot 3 layer. Tapi video kali ini kena guna lagu yang Prof bagi. Tajuk lagu Saya Tahu. Kena tebalkan muka jugak nak shoot video kali ini. Orang keliling pandang lain macam, Tapi nak buat macam mana kena la teruskan tebalkan muka. Apa boleh buat dah di ajar untuk redha dari awalkan. Bila kita redha semua perkara. Benda akan jadi mudah akhirnya. Pesanan ikhlas dari Prof tersayang 💘
Nak tahu kisah apa tekan link dibawah👇


BBM3410Satu2019: VIDEO 12 (TEMU BUAL PENSYARAH)




Hai semua

Jadi untuk kali ini kami diminta untuk membuat tugasan mengenai temu bual pensyarah tentang multimedia dalam sesi pembelajaran mereka. Kami telah menemu bual Puan Faezah selaku pensyarah di FBMK dibawah pentadbiran CLAC. Tekan link di bawah untuk menonton 👇😉




BBM3410Satu2019: VIDEO 14 (SERAM & TRAGEDI)


Tugasan kali ini sangat sangat mencabar bila kami diminta untuk membuat satu video seram dan tragedi. Mula mula macam takut jugak nak buat. Tapi kami redah jela. Nak nak bila ada watak pocong ni. Siapa je yang tak takutkan😂 Shooting pun sampai pukul 12 lebih lagi la seram. 

Lagi seram bila tengok muka kawan sendiri jadi hantu. Paling kelakar bila tengah shoot orang lalu lalang ada yang menjerit, ada yang terkejut ada yang gelak. Ada yang marah buat benda macam ni tengah2 malam. Tapi kami chill je sebab tugasan kan? Releks la hahahha. Nak tahu jadi ke tidak kami berlakon. Tekan link dekat bawah ni 👻 



BBM3410Satu2019: VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)


Tugasan ini kami diminta untuk membuat 6 jenis serbuk pencuci baju yang direka sendiri oleh kumpulan kami. Susah jugak la nak fikir macam mana nak buat serbuk pencuci ni. Lepastu nak bagi tarik minat Prof lagi supaya beli. Nak tahu apa bentuk pencuci baju kami? Tekan link dibawah 👇 


BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN

Hai semua❤️ Jadi ni video terakhir untuk multimedia sebelum habis semester 7. Kali ini kami buat vlog makanan dimana kami akan kongsikan ...