Assalamualaikum,
hari ini saya akan brkongsi berkenaan dengan keluarga kecil saya. Nama diberi
Aliyatul Husna Maulad Shamsuddin. Saya merupakan anak tunggal dalam keluarga.
Saya la kakak saya juga la adik. Saya tinggal bersama-sama ibu dan bapa di
Melaka. Ayah saya bernama Shamsuddin Bin Jaafar. Dia berasal daripada Kelantan.
Dahulu bekerja sebagai pensyarah di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg Buloh.
Selepas setahun menetap di Sg. Buloh ayah dipindahkan ke Kolej Sains Kesihatan
Bersekutu Besut Terengganu. Pada waktu itu, ayah berulang alik ke Terengganu
seminggu sekali untuk pulang ke Melaka.
Apabila terlalu penat ulang alik ayah mengambil
keputusan untuk bertukar kembali ke sg. Buloh. Kini, telah bersara beberapa
bulan yang lalu. nnIbu saya Che Norita yang berasal daripada Dungun Terengganu.
Bekerja sebagai Pembantu Pengurusan Murid di Sekolah Kebangsaan Jeram. Di situ
ibu lebih rapat dengan kanak-kanak di Pra sekolah itu. Dia suka dengan kanak
kanak kecil. Kadang-kadang dia juga menjadi cikgu di Pra sekolah itu membantu
guru di kelas pra kecil itu.
Paling seronok apabila ada di antara keluarga
mereka yang akan menyambut sambutan hari jadi bersama-sama. Kami sekeluarga
sering melancong. Kami akan bersama sama mencari waktu cuti untuk merancang percutian. Ayah suka membawa kami berjalan jalan ke tempat orang untuk belajar budaya dan masyarakat di tempat orang. Saya gembira kerana itu masa bersama keluarga untuk luangkan masa bersama-sama. Alhamdulillah syukur kerana saya sangat bahagia kerana mempunyai insan yang amat menyayangi saya sehingga ke hari ini. Semoga insan ini menjadi pembakar semangat saya untuk berjaya dan berkesempatan untuk membahagiakan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN
Hai semua❤️ Jadi ni video terakhir untuk multimedia sebelum habis semester 7. Kali ini kami buat vlog makanan dimana kami akan kongsikan ...
-
Post kali ini tentang keberkatan. Mak ayah itu adalah dua insan yang menjadi asbab kejayaan kita. Kalau kau hilang rasa hormat dekat pa...
-
Medium Shot 3 Manusia Panas panas pun sanggup nak bergambar di celahan setiap lalang. Persahabatan yang tidak akan dipisah...
-
Assalamualaikum, Nama diberi Aliyatul Husna Maulad Shamsuddin. Berasal dari Masjid Tanah Melaka. Berumur 23 tahun dan telah dilahirkan di ...
No comments:
Post a Comment