nuffnang ads

Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


Dalam bab 6 ini menceritakan mengenai apa itu blog dan cara-cara untuk membuka blog. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) mengatakan bahawa blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Hal ini kerana, blog boleh digunakan sebagai kegunaan peribadi atau diari. Selain itu juga, ia boleh digunakan bagi tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Bagi Li & Chingnell (2010) mengatakan bahawa blog merupakan satu rankaian sosial dan medium komunikasi dimana mereka boleh berinteraksi dengan penulis blog lain. Blog ini kebiasaannya akan digunakan oleh pelajar bagi aktiviti yang berguna untukmeningkatkan keyakinan dalam menulis. Selain itu, boleh dijadikan sebagai motivasi untuk mereka belajar menulis dengan lebih kreatif
            Blog mempunyai 3 ciri utama iaitu mengandungi pautan ke arah yang lain dalam web, mempunyai komen pada pautan dan interaktif yang saling berkait. Menurut Ferdig & Trammel (2004) berpendapat bahawa blog merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pmbaca yang lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya. Dalam penggunaan penulisan blog ini dapat meningkatkan kemahiran menulis pelajar disamping menyebarkan ilmu pengetahuan. Zaini et al. (2012) menyatakan bahawa melalui penggunaan blog, pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa.  Ia juga telah memberi peluang kepada penulis blog untuk belajar satu persatu istilah dari segi idea, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara susunan penulisan mereka.
            Seterusnya, Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik iaitu tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas, dapat dibaca dan difahami, dapat berkomunikasi dengan pembaca, masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan dan berilmu untuk penulisan pendidikan.
            Kesimpulannya, blog dapat membantu pelajar dalam memningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti penulisan pelajar. Selain itu, blog ini dapat menjadi proses mempelajari bahasa bagi meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa kedua.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN

Hai semua❤️ Jadi ni video terakhir untuk multimedia sebelum habis semester 7. Kali ini kami buat vlog makanan dimana kami akan kongsikan ...