Nama diberi Aliyatul Husna Maulad Shamsuddin. Berasal dari Masjid Tanah Melaka. Berumur 23 tahun dan telah dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada 17 November 1996. Saya merupakan anak tunggal dalam keluarga saya.
Saya telah melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dan telah mengambil dalam jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu. Saya merupakan pelajar tahun akhir pada tahun ini. Cita-cita saya apabila sudah tamat pelajaran ingin menjadi seorang pensyarah seperti ayah saya. Hobi pada waktu lapang saya lebih gemar melakukan aktiviti lasak untuk mencabar diri sendiri. Selain itu, saya juga gemar mengambil gambar-gambar alam.
No comments:
Post a Comment