nuffnang ads

Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN

Hai semua❤️

Jadi ni video terakhir untuk multimedia sebelum habis semester 7. Kali ini kami buat vlog makanan dimana kami akan kongsikan makanan apa yang kami makan🎉 Tekan link dekat bawah ni tau 😘
https://youtu.be/gpRu814MDKo


Saturday, December 14, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Hari berganti hari masa berganti masa. Penantian selama tiga tahun setengah di bumi UPM semakin singkat. Tinggal lagi seminggu ada dengan kawan-kawan. Mungkin perasaan gembira itu ada tetapi rasa sedih terpaksa berpisah yang selama ini sama-sama harung suka duka sepanjang berada di bumi UPM 💚Suka duka sepanjang semester 7 bersama kawan kawan penuh dengan kenangan.


Paling seronok bila jumpa dengan Prof Normaliza dalam kelas Multimedia. Dalam kursus banyak benda yang aku belajar terutamanya dapat belajar benda baru dalam multimedia, persahabatan, tolak ansur dan masa. Walaupun tugasan banyak untuk disiapkan dalam waktu yang singkat tapi semua chill redha bila buat. Kelas jadi makin seronok bila kena buat satu kumpulan seramai 11 orang ahli.


Macam macam ragam bila bersama. Curah idea sama sama, burnkan muka sama sama susah senang sama. Dari tak rapat menjadi rapat. Banyak sangat kenangan dan ilmu dalam kelas multimedia ni. Terima kasih buat Cik Akmal yang ajar kami waktu amali & selalu layan kerenah kami🙈

Kami enjoy dengan setiap tugasan yang diberi menyanyi, menari, berlakon shooting dan segala ilmu fotografi yang akan diaplikasi dalam dunia sekarang. Terima kasih kepada Prof Normaliza dan Cik Akmal memberi tunjuk ajar sepanjang semester 7 ini. Semoga berjumpa pada masa akan datang. Terima Kasih untuk segalanya💛 :heart:






BBM3420Satu2019 - KALENDAR ADOBE PHOTOSHOP





Okay guys benda paling seronok sangat bila belajar multimedia ni kita dapat belajar guna Adobe Photoshop. Sangat Sangat enjoy. Banyak benda belajar paling best bila Cik Akmal dah ajar buat kalendar guna Adobe ni. Mula mula memang macam susah, tapi dah lama lama serius semua mudah je, Cuma kalau salah step tu yang payah sikit nak kena ubah balik semua. Tapi semua nya jadi senang bila kau faham nak buat. Kami diminta untuk membuat kalendar daripada bulan Januari sehingga Disember,.

Jadi dalam kalendar tu kena ada gambar kita, background belakang, kalendar 2020 dengan kata-kata hikmah. Benda yang tak best bila download adobe photoshop ni, memang automatik la dia jadi berat sikit laptop. nak bukak pun lambat. Tapi semua demi Prof kan kita kena redha💓

































BBM3410Satu2019: VIDEO 15 (ONE SHOOT 3 LAYER - SAYA TAHU)


Kali ini kami diber tugasan untuk membuat one shoot 3 layer. Tapi video kali ini kena guna lagu yang Prof bagi. Tajuk lagu Saya Tahu. Kena tebalkan muka jugak nak shoot video kali ini. Orang keliling pandang lain macam, Tapi nak buat macam mana kena la teruskan tebalkan muka. Apa boleh buat dah di ajar untuk redha dari awalkan. Bila kita redha semua perkara. Benda akan jadi mudah akhirnya. Pesanan ikhlas dari Prof tersayang 💘
Nak tahu kisah apa tekan link dibawah👇


BBM3410Satu2019: VIDEO 12 (TEMU BUAL PENSYARAH)




Hai semua

Jadi untuk kali ini kami diminta untuk membuat tugasan mengenai temu bual pensyarah tentang multimedia dalam sesi pembelajaran mereka. Kami telah menemu bual Puan Faezah selaku pensyarah di FBMK dibawah pentadbiran CLAC. Tekan link di bawah untuk menonton 👇😉




BBM3410Satu2019: VIDEO 14 (SERAM & TRAGEDI)


Tugasan kali ini sangat sangat mencabar bila kami diminta untuk membuat satu video seram dan tragedi. Mula mula macam takut jugak nak buat. Tapi kami redah jela. Nak nak bila ada watak pocong ni. Siapa je yang tak takutkan😂 Shooting pun sampai pukul 12 lebih lagi la seram. 

Lagi seram bila tengok muka kawan sendiri jadi hantu. Paling kelakar bila tengah shoot orang lalu lalang ada yang menjerit, ada yang terkejut ada yang gelak. Ada yang marah buat benda macam ni tengah2 malam. Tapi kami chill je sebab tugasan kan? Releks la hahahha. Nak tahu jadi ke tidak kami berlakon. Tekan link dekat bawah ni 👻 



BBM3410Satu2019: VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)


Tugasan ini kami diminta untuk membuat 6 jenis serbuk pencuci baju yang direka sendiri oleh kumpulan kami. Susah jugak la nak fikir macam mana nak buat serbuk pencuci ni. Lepastu nak bagi tarik minat Prof lagi supaya beli. Nak tahu apa bentuk pencuci baju kami? Tekan link dibawah 👇 


Friday, December 13, 2019

BBM3410Satu2019: FACEBOOK (RINGKASAN BUKU KAJIAN WACANA)


Post di Facebook kali ini saya telah membuat ringkasan dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi oleh Normaliza Binti Abd Rahim. Saya telah membuat ringkasan pada setiap bab dalam buku ini. Buku ini mengandungi 7 bab yang berlainan. Teori analisis wacana dan strategi komunikasi ini bersesuaian dan bertepatan dengan kajian juga perlu diambil kira supaya kajian lebh memberi manfaat kepada individu yang berkaitan serta masyarakat keseluruhannya. 




BBM3410Satu2019: FACEBOOK (TAKSONOMI)


Saya telah menceritakan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi yang diambil daripada buku Kajian Wacana oleh Normaliza Binti Abd Rahim




BBM3410Satu2019: FACEBOOK (KATA KATA MOTIVASI)


Hari ini kita kongsikan satu kata-kata motivasi untuk semua. Pastikan penerbangan kita setiap hari berlandaskan Niat, bersayapkann Doa dan mendarat dengan Usaha💗

Kata kata ini bermaksud jangan suka mencari alasan untuk sesuatu benda. POSITIF! Doa yang tiada henti dan restu ibu bapa tiada tindakan dan usaha diri sendiri, Semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Tiada usaha yang sia-sia💗



BBM3410Satu2019: FACEBOOK (RINGKASAN BAB 4)



Saya telah membuat ringkasan bab 4 iaitu strategi komunikasi di dalam buku kajian wacana dan strategi komunikasi oleh Normaliza  Binti Abd Rahim. Bab ini menceritakan tentang strategi komunikasi iaitu kepentingan strategi komunikasi dalam pembentukan sahsiah diri seseorang yang ingin menyampaikan mesej yang baik dan mudah difahami, 


BBM3410Satu2019: FACEBOOK (PANTUN)




Pada kali saya telah membuat pantun 4 kerat di dalam laman akaun  Facebook. Saya juga mendapat beberapa komen iaitu balasan pantun daripada kawan kawan. Bukan senang nak balas pantun orang ni. Apa yang ada dekat minda nii tulis jelaa asalkan ada bunyikan. 




BBM3410Satu2019: FACEBOOK (Cerita Pendek yang dialui setiap hari)



Post di Facebook saya telah membuat aktiviti 2 di dalam buku Eh!!! Media Sosial iaitu buat satu kapsyen pendek yang menarik. Saya telah menceritakan apa yang saya lalui setiap hari di dalam cerita ini. 


BBM3410Satu2019: INSTAGRAM (KETENANGAN)


Hidup akan menjadi tenang apabila tiada gangguan pada cuti hujung minggu. Tetapi prof selalu menjadi pengganggu ketenangku setiap hujung minggu untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Lebih-lebih lagi tugasan yang melibatkan video. Aku pasrah ketenanganku dirampas oleh Prof. Takpe prof prof rampas ketenangan dan aku berharap prof pulangkan A+ kepadaku😬





BBM3410Satu2019: INSTAGRAM (KEREDHAAN)


Post kali ini tentang keredhaan. Gambar ini dah cukup menunjukkan keredhaan antaranya  ialah menahan diri daripada cahaya matahari , tudung basah dengan rumput yang berair, kotor lagi. Tapi apa la sangat dengan tugasan Prof ni. Kami redah jela semua ini. Paling penting like Prof yang berharga 💓




BBM3410Satu2019: INSTAGRAM (KELEGAAN)



Post kali ini mengenai kelegaan. Kelegaan bagi diri sendiri bila kau dapat siapkan semua kerja dengan cepat. Tapi kau akan mengenal erti kelegaan bila kau berjaya sampai ke kelas awal pagi semata-mata untuk kelas Prof. Benda yang ditunggu tunggu bila mana kau dapat like daripada like Prof. Cepat la screenshot gitu😂



BBM3410Satu2019: INSTAGRAM (BERSAMA PROF)



Post kali ini kami diminta untuk mengambil gambar bersama prof. Kau ingat senang nak cari Prof. Tapi nasib baik la bijak masa ni. lepas kelas Prof keluar terus kejar prof. Sekali snap je dapat amik masa ni. Nasib la kalau buruk bruk la kau dapat.  Dapat jugak komen daripada Prof 💓





BBM3410Satu2019: INSTAGRAM (EMOJI)



Post kali ini tentang emoji 🙊 Gembira sebab tak sabar nak tunggu minggu 14. Tak sabar nak releks, tak sabar nak tidur puas-puas. Tak sabar nak siapkan PITA. Lepastu boleh jilid. Lepastu boleh duduk dengan tenang. Kena cover sikit gelak biar nampak sopan gitu💃💃



BBM3410Satu2019: INSTAGRAM (KEBERKATAN)



Post kali ini tentang keberkatan. Mak ayah itu adalah dua insan yang menjadi asbab kejayaan kita. Kalau kau hilang rasa hormat dekat parents kau, keberkatan ilmu kau juga hilang 💖



BBM3410Satu2019: TWITTER (HATI)



Hari ini saya telah membuat satu bebenang di laman akaun twitter tentang hati? Kisah ini diambil daripada buku Analisis Wacana dan Strategi Komunikasi Aplikasi teori oleh Normaliza Binti Abd Rahim 😇 Saya juga telah mendapat beberapa like dan retweets💓.


BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN

Hai semua❤️ Jadi ni video terakhir untuk multimedia sebelum habis semester 7. Kali ini kami buat vlog makanan dimana kami akan kongsikan ...