Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) telah menyenaraikan 10 etika ketika penulisan blog. Antaranya ialah :
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian membaca
Tajuk merupakan perkara yang paling penting bagi sesiapa yang melihatnya. Sebelum membaca pembaca akan melihat tajuk utama sebelum melihat isi yang seterusnya. Tajuk yang menarik boleh menarik perhatian pembaca untuk membaca dengan lebih selesa. Penggunaan ayat yang menarik mampu untuk menjadikan blog lebih ramai untuk membaca kisah di dalam cerita tersebut.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
Permulaan cerita yang menarik mampu menarik hati pembaca untu membaca. Plot yang dapat menarik membantu pembaca untuk mengunjungi blog. Penyampaian yang dapat memberikan inspirasi kepada pembaca dapat menarik hati pembaca untuk membaca dengan lebih lagi.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
Dalam penulisan blog, penulis perlu memasukan elemen-elemen humor agar pembaca tidak bosan untuk apabila membaca. Unsur yang berbentuk jenaka ini dapat membuatkan penulisan jadi lebih menarikdan bersahaja. Penulisan seperti ini dapat membuat pembaca lebih selesa dan ingin terus membaca dengan bersahaja.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
Di dalam penulisan blog ini, huraian juga perlu dititikberatkan. Hal ini kerana, untuk membuat ayat di dalam blog tersebut perlu adanya hujah yang baik apabila menyuarakan sesuatu perkara di dalam penulisan tersebut. Ayat yang baik tidak akan membosankan para pembaca untuk membaca dengan lebih dekat lagi. Pembaca lebih gemar membaca penulisan yang santai tetapi dapat memperoleh pengetahuan.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
Dalam menulis blog ini perlulah dikaitkan dengan isu-isu terkini. Hal ini kerana, penulis dalam membuka minda pembaca dengan perkara-perkara yang baru. Selain itu, pembaca dapat mengisi dengan pengetahuan yang baik dan tidak membaca dengan minda yang kosong. Peggunaan blog ini dapat membantu pembaca untuk bersedia untuk memikirkan kemungkinan dan memahami sesuatu perkara.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Penulisan yang ringkas tidak akan membuat pembaca bosan untuk membaca. Hal ini kerana, kebanyakkan pembaca tidak suka membaca struktur ayat yang panjang. Penulisan tersebut akan membosankan para pembaca untuk terus membaca di blog penulis. Penulis perlu menggunakan perkataan yang mudah difahami dan struktur ayat yang ringkas. Oleh itu, pembaca mudah memahami setiap penulisan yang disampaikan.
7. Dapat dibaca dan difahami
Dalam struktur ayat yang ringkas mesti menggunakan ayat yang dapat dibaca dan mudah difahami oleh pembaca. Penulisan yang sukar dibaca akan membosankan pembaca untuk meneruskan pembacaan. Penggunaan tulisan di dalam blog mestilah menarik dan mudah dibaca oleh khalaya ramai. Selain itu, penggunaan ayat yang ringkas penting agar mudah difahami oleh pembaca. Namun, penulisan blog ini dapat membantu penulis untuk memperbaiki penulisan penulis dengan lebih baik.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
Melalui penulisan blog pembaca dapat berkomunikasi dengan pembaca melalui penulisan yang disampaikan. Penulisan yang baik dapat membuatkan pembaca merasai apa yang dilalui oleh penulis. Hal ini kerana, pembaca dapat berkongsi pengalaman dengan pembaca melalui penulisan blog.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda
Dalam penulisan blog, penulis perlu memasukkan nilai-nilai murni yang dapat membuatkan pembaca mengambil nilai-nilai yang baik dalam pembacaan mereka. Dalam penceritaan tersebut perlu diselitkan dengan moral yang baik agar dapat disampaikan dengan orang ramai. Nilai yang baik mestilah dikongsi agar dapat memberikan pengajaran kepada pembaca.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Penulisan blog yang ditulis mestilah berunsurkan pendidikan. Hal ini dapat membantu pembaca untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam. Selain itu, kita dapat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai yang berkaitan. Penyebaran maklumat ini dapat disampaikan dengan bersahaja agar tidak membuatkan mereka tidak jemu untuk membaca dan memahami setiap pemulisan yang di buat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN
Hai semua❤️ Jadi ni video terakhir untuk multimedia sebelum habis semester 7. Kali ini kami buat vlog makanan dimana kami akan kongsikan ...
-
Post kali ini tentang keberkatan. Mak ayah itu adalah dua insan yang menjadi asbab kejayaan kita. Kalau kau hilang rasa hormat dekat pa...
-
Medium Shot 3 Manusia Panas panas pun sanggup nak bergambar di celahan setiap lalang. Persahabatan yang tidak akan dipisah...
-
Assalamualaikum, Nama diberi Aliyatul Husna Maulad Shamsuddin. Berasal dari Masjid Tanah Melaka. Berumur 23 tahun dan telah dilahirkan di ...
No comments:
Post a Comment