nuffnang ads

Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan saya telah melancong ke negara Turki. Perjalanan ke sana telah mengambil masa yang lama. Disana saya telah menikmati pelbagai jenis juadah makanan yang telah disediakan oleh mereka. Makanan mereka tidak seperti makanan kita di Malaysia. Setiap  tempat yang dilewati pelbagai makanan yang berbeza. Selain itu, saya telah melewati tempat-tempat bersejarah seperti di Istanbul dan Bursa. Perjalanan ke Bursa telah mengambil masa yang lama untuk sampai ke sana. Semasa perjalanan saya telah melihat pemandangan gunung ganang ditutupi dengan salji.

Saya juga telah mengenali budaya masyarakat orang Turki yang peramah dan murah senyuman dengan orang Malaysia. Pengalaman paling menarik apabila saya berpeluang melihat dan menikmati musum salji. Paling menyeronokkan apabila berpeluang untuk bermain ski. Akan tetapi akibat cuaca yang terlalu sejuk kami tidak dapat bermain dengan masa yang lama. Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bermain dan menyewa ski tersebut.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN

Hai semua❤️ Jadi ni video terakhir untuk multimedia sebelum habis semester 7. Kali ini kami buat vlog makanan dimana kami akan kongsikan ...