Dalam
bab 6 ini menceritakan mengenai apa itu blog dan cara-cara untuk membuka blog.
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) mengatakan bahawa blog merupakan satu medium
perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Hal ini
kerana, blog boleh digunakan sebagai kegunaan peribadi atau diari. Selain itu
juga, ia boleh digunakan bagi tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan
memperiklankan produk. Bagi Li & Chingnell (2010) mengatakan bahawa blog
merupakan satu rankaian sosial dan medium komunikasi dimana mereka boleh
berinteraksi dengan penulis blog lain. Blog ini kebiasaannya akan digunakan
oleh pelajar bagi aktiviti yang berguna untukmeningkatkan keyakinan dalam
menulis. Selain itu, boleh dijadikan sebagai motivasi untuk mereka belajar
menulis dengan lebih kreatif
Blog mempunyai 3 ciri utama iaitu
mengandungi pautan ke arah yang lain dalam web, mempunyai komen pada pautan dan
interaktif yang saling berkait. Menurut Ferdig & Trammel (2004) berpendapat
bahawa blog merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca
dengan pmbaca yang lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain serta
pembacanya. Dalam penggunaan penulisan blog ini dapat meningkatkan kemahiran
menulis pelajar disamping menyebarkan ilmu pengetahuan. Zaini et al. (2012)
menyatakan bahawa melalui penggunaan blog, pelajar mampu membentuk kemahiran
menulis dalam pembelajaran bahasa. Ia
juga telah memberi peluang kepada penulis blog untuk belajar satu persatu
istilah dari segi idea, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan
cara susunan penulisan mereka.
Seterusnya, Normaliza Abd Rahim
(2014) telah menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik iaitu tajuk yang
menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, cerita menarik yang dapat menarik
hati pembaca, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya
lebih menarik, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan
anda, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini, gunakan perkataan dan
struktur ayat yang ringkas, dapat dibaca dan difahami, dapat berkomunikasi
dengan pembaca, masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan dan berilmu
untuk penulisan pendidikan.
Kesimpulannya, blog dapat membantu
pelajar dalam memningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti penulisan pelajar.
Selain itu, blog ini dapat menjadi proses mempelajari bahasa bagi meningkatkan
gaya penulisan dalam bahasa kedua.