nuffnang ads

Wednesday, November 27, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Binti Abd Rahim (2019)


Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi merupakan kajian yang dapat memberi kesan terhadap penyelidikan. Buku ini mempunyai 7 bab yang menceritakan mengenai wacana dan strategi penyelidikan. Dalam bab 1 menceritakan mengenai definisi wacana dalam bentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Bab ini melihat kefahaman seseorang dalam setiap percakapan yang diujarkan. Seterusnya bab 2 menceritakan mengenai teori dan pendekatan analisis wacana yang boleh digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Terdapat 4 jenis teori dan pendekatan wacana yang digunakan oleh Brown & Yule (1983), teori analisis wacana Stubbs (1983), teori analisis wacana Kritis (Vandijk 1977) dan teori analisis wacana oleh Normaliza Abd Rahim, 2018d).

Dalam bab 3 menceritakan mengenai kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita social dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Penceritaan yang dilakukan melalui Cerita Kanak-kanak. Kesemua kajian dalam buku ini menggunakan pendekatan analisis wacana. Selain itu, dalam bab 4 pula menceritakan strategi komunikasi. Komunikasi ini digunakan sama ada dalam bentuk isyarat atau bahasa badan. Dalam bab 5 mengenai taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi  iaitu pengelakan, parafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan mimikan. Terdapat dua taksonomi strategi komunikasi yang dilakukan oleh Dornyei & Scott (1997) dan pendekatan strategi komunikasi oleh Normaliza Abd Rahim, 2018e. 

Terdapat 16  pendekatan strategi komunikasi yang boleh digunakan dalam manganalisi data. Bab 6 menceritakan tentang analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Bab ini menerangkan mengatasi masalah pemahaman bagi setiap perkataan yang diujarkan oleh kanak-kanakTerdapat 16 pendekatann strategi komunikasi dalam bab ini. Strategi komunikasi ini penting apabila ingin menyampaikan mesej dan maklumat dengan pelbagai gaya strategi. Yang terkahir dalam bab 7 mengenai cadangan kajian yang akan datang bagi analisis wacana dan komunikasi ini. Dalam bab ini cadangan bagi kajian lain bagi strategi komunikasi. terdapat 2 cadangan iaitu bahasa isyarat,  bahan bercetak dan bahan elektronik dan media sosial pada implikasi dan cadangan yang dibuat.

Normaliza Abd Rahim. (2018e). Communication Strategy Taxonomy: A new Perspective. IUKL Research Journal, 7 (1): 5-10
Brown, G., & Yule, G. (1983). Discourse Analysis. Cambridge: cambrideg University Press.

Rujukan:  Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Normaliza abd Rahim (2019)
Penerbit UMT: Universiti Malaysia Terengganu
Harga Buku: RM20




No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN

Hai semua❤️ Jadi ni video terakhir untuk multimedia sebelum habis semester 7. Kali ini kami buat vlog makanan dimana kami akan kongsikan ...