nuffnang ads

Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan buku Eh!!! Media Sosial


Buku Eh!!! Media Sosial ini menceritakan tentang teknologi maklumat  yang telahh menyediakan keadah dan pendekatan yang pelbagai dalam pembelajaran bahasa. Dalam buku ini terdapat 8 bab yang menceritakan mengenai media social yang digunakan zaman sekarang. Bab 1 telah menceritakan mengenai media sosial iaitu gambaran keseluruhan mengapa media sosial ini digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Seterusnya, bab 2 menceritakan mengenai twitter dan trend terkini. Akaun twitter yang senang diakses, pantas dan efisyen dan senang mendapatkan informasi terkini menyebabkan pelajar kelihatan menggunakan twitter setiap hari.

Pada bab 3 menceritakan mengenai facebook masih digunakan. Facebook salah satu sebagai medium untuk berkomunikasi dan telah digunakan oleh berjuta-juta pengguna pada setiap hari. Facebook telah dijadikan sebagai satu alat pembelajaran untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti yang berasaskan bahasa. Bab 4 pula menceritakan iaitu istagram menyeronokkan. Instagram dapat mempelajari cara merakam video dan juga menonton video serta cerita pendek instagram pengguna lain dalam akuan instagram mereka. Normaliza Abd Rahim (2014) mengatakan bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam memotivasikan pelajar dalam proses pembelajaran.

Bab 5 menceritakan mengenai e-mel masih popular pada masa kini. Bab ini menerangkan mengapa emel digunakan dan boleh berinteraksi sebagai satu komunikasi. Ia juga telah menerangkan bagaimana cara untuk membuat emel menggunakan Gmail. Bab 6 menceritakan tentang blog di dalam kelas bahasa. Blog boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Bab 7 mengenai isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Ia menerangkan mengenai isu penggunaan bahasa dan struktur ayat di dalam rangkaian sosial. Kajian yang digunakan membantu pengguna untuk memahami kesan penggunaan bahasa yang tidak sesuai di rangkaian sosial. Bab 8 mengenai implikasi pedagogi yang menerengkan rangkaian sosial telah memberi peluang untuk pembelajaran bahasa yang berkesan secara spesifik dan dapat meningkatkan kefasihan bahasa pelajar. Implikasi buku ini pelajar dapat memperkembangkan bahasa melalui media sosial.
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2017. Eh!!! Media Sosial.
Terengganu: Penerbit UMT.
Tajuk buku: Eh!!! Media Sosial
Harga Buku: RM60








No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN

Hai semua❤️ Jadi ni video terakhir untuk multimedia sebelum habis semester 7. Kali ini kami buat vlog makanan dimana kami akan kongsikan ...