nuffnang ads

Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan saya telah melancong ke negara Turki. Perjalanan ke sana telah mengambil masa yang lama. Disana saya telah menikmati pelbagai jenis juadah makanan yang telah disediakan oleh mereka. Makanan mereka tidak seperti makanan kita di Malaysia. Setiap  tempat yang dilewati pelbagai makanan yang berbeza. Selain itu, saya telah melewati tempat-tempat bersejarah seperti di Istanbul dan Bursa. Perjalanan ke Bursa telah mengambil masa yang lama untuk sampai ke sana. Semasa perjalanan saya telah melihat pemandangan gunung ganang ditutupi dengan salji.

Saya juga telah mengenali budaya masyarakat orang Turki yang peramah dan murah senyuman dengan orang Malaysia. Pengalaman paling menarik apabila saya berpeluang melihat dan menikmati musum salji. Paling menyeronokkan apabila berpeluang untuk bermain ski. Akan tetapi akibat cuaca yang terlalu sejuk kami tidak dapat bermain dengan masa yang lama. Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bermain dan menyewa ski tersebut.

Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Cerita Sosial 1 : Nenek dan Datuk

Cerita nenek dan datuk ini mengisahkan seorang cucunya yang bernama Alim yang sedih apabila pulang ke kampung halaman nenek dan datuknya di Kajang. Alim menangis apabila ayam dan itik atuknya di tiada di dalam reban. Dia menyangkakan ayam dan itik itu sudah mati.Semua ayam dan itik itu telah ditukarkan ke reban baru. Alim juga sedih apabila melihat keadaan rumah nenek dan datuknya sudah tidak seperti dahulu lagi. Keadaan sekeliling itu telah membuatkan Alim dan keluarganya menjadi lebih rapat.


Sumber : Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim (2019)


Jenis multimedia yang boleh boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial ialah :

1. Multimedia Hiperaktif
Multimedia ini mempunyai struktur dan elemen yang boleh dikaitkan oleh pengguna melalui tautan dengan elemen multimedia yang ada. Sebagai contoh cerita nenek dan datuk ini boleh diceritakan didalam web site. Website ini mudah di berikan kepada pembaca untuk membaca penceritaan penulisan penulis. 

2. Multimedia Kits
Cerita datuk nenek ini boleh diceritakan dalam CD-ROM atau kaset. Multimedia Kits ini dapat menarik minat untuk melihat cerita yang disiarkan dengan gambar yang berunsurkan warna dan tulisan yang lebih menarik. 

3. Multimedia Linear
Cerita datuk dan nenek ini boleh digunakan dalam multimedia linear. Cerita ini boleh dibuat dalam berbentuk filem atau disiarkan di dalamsiaran televisyen. Hal ini dapat menarik minat pembaca untuk menonton cerita yang disampaikan. 

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) telah menyenaraikan 10 etika ketika penulisan blog. Antaranya ialah :

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian membaca
Tajuk merupakan perkara yang paling penting bagi sesiapa yang melihatnya. Sebelum membaca pembaca akan melihat tajuk utama sebelum melihat isi yang seterusnya. Tajuk yang menarik boleh menarik perhatian pembaca untuk membaca dengan lebih selesa. Penggunaan ayat yang menarik mampu untuk menjadikan blog lebih ramai untuk membaca kisah di dalam cerita tersebut.

2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
Permulaan cerita yang menarik mampu menarik hati pembaca untu membaca. Plot yang dapat menarik membantu pembaca untuk mengunjungi blog. Penyampaian yang dapat memberikan inspirasi kepada pembaca dapat menarik hati pembaca untuk membaca dengan lebih lagi.

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
Dalam penulisan blog, penulis perlu memasukan elemen-elemen humor agar pembaca tidak bosan untuk apabila membaca. Unsur yang berbentuk jenaka ini dapat membuatkan penulisan jadi lebih menarikdan bersahaja. Penulisan seperti ini dapat membuat pembaca lebih selesa dan ingin terus membaca dengan bersahaja.

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
Di dalam penulisan blog ini, huraian juga perlu dititikberatkan. Hal ini kerana, untuk membuat ayat di dalam blog tersebut perlu adanya hujah yang baik apabila menyuarakan sesuatu perkara di dalam penulisan tersebut. Ayat yang baik tidak akan membosankan para pembaca untuk membaca dengan lebih dekat lagi. Pembaca lebih gemar membaca penulisan yang santai tetapi dapat memperoleh pengetahuan.

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
Dalam menulis blog ini perlulah dikaitkan dengan isu-isu terkini. Hal ini kerana, penulis dalam membuka minda pembaca dengan perkara-perkara yang baru. Selain itu, pembaca dapat mengisi dengan pengetahuan yang baik dan tidak membaca dengan minda yang kosong. Peggunaan blog ini dapat membantu pembaca untuk bersedia untuk memikirkan kemungkinan dan memahami sesuatu perkara.

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Penulisan yang ringkas tidak akan membuat pembaca bosan untuk membaca. Hal ini kerana, kebanyakkan pembaca tidak suka membaca struktur ayat yang panjang. Penulisan tersebut akan membosankan para pembaca untuk terus membaca di blog penulis. Penulis perlu menggunakan perkataan yang mudah difahami  dan struktur ayat yang ringkas. Oleh itu, pembaca mudah memahami setiap penulisan yang disampaikan.

7. Dapat dibaca dan difahami
Dalam struktur ayat yang ringkas mesti menggunakan ayat yang dapat dibaca dan mudah difahami oleh pembaca. Penulisan yang sukar dibaca akan membosankan pembaca untuk meneruskan pembacaan. Penggunaan tulisan di dalam blog mestilah menarik dan mudah dibaca oleh khalaya ramai. Selain itu, penggunaan ayat yang ringkas penting agar mudah difahami oleh pembaca. Namun, penulisan blog ini dapat membantu penulis untuk memperbaiki penulisan penulis dengan lebih baik.

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
Melalui penulisan blog pembaca dapat berkomunikasi dengan pembaca melalui penulisan yang disampaikan. Penulisan yang baik dapat membuatkan pembaca merasai apa yang dilalui oleh penulis. Hal ini kerana, pembaca dapat berkongsi pengalaman dengan pembaca melalui penulisan blog.

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda
Dalam penulisan blog,  penulis perlu memasukkan nilai-nilai murni yang dapat membuatkan pembaca mengambil nilai-nilai yang baik dalam pembacaan mereka. Dalam penceritaan tersebut perlu diselitkan dengan moral yang baik agar dapat disampaikan dengan orang ramai. Nilai yang baik mestilah dikongsi agar dapat memberikan pengajaran kepada pembaca.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Penulisan blog yang ditulis mestilah berunsurkan pendidikan. Hal ini dapat membantu pembaca untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam. Selain itu, kita dapat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai yang berkaitan. Penyebaran maklumat ini dapat disampaikan dengan bersahaja agar tidak membuatkan mereka tidak jemu untuk membaca dan memahami setiap pemulisan yang di buat.

Friday, September 20, 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik : Profesor Dr. Normaliza Abd Karim
Hak Cipta : Universiti Putra Malaysia

Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima Kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka


BBM3410Satu2019:DIRI

Assalamualaikum,

Nama diberi Aliyatul Husna Maulad Shamsuddin. Berasal dari Masjid Tanah Melaka. Berumur 23 tahun dan telah dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada 17 November 1996. Saya merupakan anak tunggal dalam keluarga saya.

Saya telah melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dan telah mengambil dalam jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu. Saya merupakan pelajar tahun akhir pada tahun ini. Cita-cita saya apabila sudah tamat pelajaran ingin menjadi seorang pensyarah seperti ayah saya. Hobi pada waktu lapang saya lebih gemar melakukan aktiviti lasak untuk mencabar diri sendiri. Selain itu, saya juga gemar mengambil gambar-gambar alam.




BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN

Hai semua❤️ Jadi ni video terakhir untuk multimedia sebelum habis semester 7. Kali ini kami buat vlog makanan dimana kami akan kongsikan ...